Wednesday, October 2, 2013

Nak berniaga TAPI.... (bahagian 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mula-mula saya terjebak dengan perniagaan adalah ketika saya di matrikulasi. Saya di PAKSA berniaga. Masa tu, saya tak pernah terfikir pun nak jadikan keusahawanan sebagai jalan pilihan hidup saya.
Tapi lama kelamaan, saya jadi 'addicted'. Teruja nak capai target. Pernah ketika dalam kelam kabut nak buat urusan tu, saya terjatuh tangga yang setinggi 7 anak tangga. huhu.. Nanges jugak se'round'.

Kawan-kawan saya juga ramai yang suka berniaga. Ayat yang selalu keluar adalah 'Nak berniaga TAPI...'
Sebenarnya, ini adalah dilema dalaman sahaja. Ayat tu juga pernah dan selalu keluar dalam kepala saya. Kita manusia biasa. Perasaan takut dan bimbang itu, lumrah.

AYAH adalah orang yang sentiasa POSITIF dengan saya.
Sayang Ayah :)

Saya terjumpa satu buku bertajuk 'Down to Business: The first 10 Steps for Entrepeneurhip for Women' karangan Clara Villarossa. Dalam buku ini, dia ada senaraikan 11 ciri-ciri yang boleh dijadikan panduan untuk menilai keupayaan kita dalam berniaga.

1. Hard work: Kalau rasa tak cukup rajin, kena tambah kerajinan. Kalau rasa kita mudah 'sejuk' sentiasa cari api untuk panaskan.

2. Self-starter: Dalam perniagaan, kita perlu sentiasa ada idea dan sentiasa berinisiatif tinggi. cuba nilai diri anda, adakah anda seorang yang perlu di 'push' dalam buat kerja atau sememangnya seorang yang boleh buat kerja dalam pengawasan yang sedikit.

3. High Energy: Adakah anda boleh bekerja di luar waktu bekerja yang biasa? Adakah anda mudah penat? Dalam perniagaan, tiada istilah punch card jam 8 balik jam 5. Anda sanggup?

hemm..Saya rasa perlu menilai ke tiga-tiga elemen ini secara mendalam. InsyaAllah, akan saya kongsikan dengan semua nanti. Perlu re-charge Iman dengan Dhuha dulu.

Kita sambung nanti ya?




Tuesday, October 1, 2013

First Step!

Alhamdulillah...
Akhirnya telah mendapat kepercayaan dari diri sendiri untuk mencapap di alam maya.
Sangat HAPPY!!
Moga usaha kecil ini mendapat ganjaran di sisi Allah.


Ingin mengetahui bagaimana saya mendapat kepercayaan ini? jom follow saya di FB

Nanti kan...