Thursday, November 13, 2014

Jumaat yang Indah

Alhamdulillah, 
masih lagi diberi kesempatan oleh Allah untuk hidup di hari Jumaat yang indah ini.
Dah lama tunggu Jumaat ni. sebab hari ni incik suami bercuti! Yeay!
Aktiviti hari ni agak padat. sebab petang ni kena mengajar.
Tapi saya suka!saya suka! sebab tak de lah duk termenung je.hehe.

"Sibuk Membuatkan Kita Hidup"

YES! It's TRUE!
Mulai saat ni, kena cari kerja. Jangan buang masa!

Oh! Jumaat hari ni kan? so, jangan lupa 'al-kahfi' ya.

Ilalliqa', Ma'assalamah 

Wednesday, November 12, 2014

Ni ke blog saya?

Haha..
kelakar plak bila browse Blog sendiri..
Last update May .. kalau lah betul kata orang, page blog ni macam halaman rumah kita, maksudnya, rumah I memang berhabuk semak samun liar lagi meliarkan. huhu

kacang sedap

Bila browse page orang lain, macam interaktif sangat. macam mana nak buat ya?
hemm.. 
Tapi incik suami selalu cakap: 
"Biasa lah..kita akan rasa rumah kita kurang sangat berbanding rumah orang. Apa yang penting, bukan compete ngan orang lain, tapi cuba beri yang terbaik untuk rumah kita."

Ok, Boss! Saya akan lakukan!

Oh ya! prnah dengar pasal Felt? ok, saya akan curi masa siapkan felt untuk dikongsi. 
Tapi masa yang paling penting nak dicuri adalah menyiapkan tesis saya..

Tesis..oh..tesis..bila lah kau nak siap 


Owh! Kacang ni SEDAP

Hai!
Semalam hari yang penat sangat..penat menunggu kedatangan encik posmen.
hehe. Tak tau plak rupanya POSLAJU akan hantar parcel kita sehingga 2x sehari.
Mantop!

Actually menunggu 2 bungkusan datang yang beli secara online.
1- Pencuci muka Nuraysa
2- Kacang SEDAP

ok, entry kali ni nak cite pasal kacang yang diberi nama Kacang Sedap.
ok, ini gambarnya

Kacang tanah salut tepung

Haa,,makanya, boleh kongsi gambar je lah. Isinya dah selamat di makan. bukan semua k
1 botol dah habis dah. lagi 3 botol customer punya.hehe. bakal menemui tuannya hari ni dan esok.

Sedap sangat, Rangup. Rangup! Rangup!
Ini sebenarnya kacang tanah yang disalut tepung. Bezanya, dia tak pedas sangat dan paling penting, kerangupannya yang mengujakan! tetiba je dah habis separuh. plus, semalam macam mendung sikit. so, best lah!

Kalau rasa berminat, mesej saya di FB k! tapi kena add dulu lah. :)

Yeay!

Tuesday, May 6, 2014

Sebab Allah Sayang

Allahu Rabbi..


Entah kenapa kebelakangan ini, perasaan ini yang datang menerjah.
Entah kenapa, perasaan ini makin kuat bergendang dalam kotak sanubari.
Aku Merindui Allah..
Aku Rindu Allah...
Aku Rindu Allah...

Sangat berharap, ujian yang menimpa insan kesayangan disekeliling aku adalah tanda...
Allah juga Merindui Aku...

gambar credit to: http://familidrharif.blogspot.com/2013/03/ujian-tanda-sayang.html

Sunday, May 4, 2014

Indahnya Dunia Hamilku

Alhamdulillah, sempat juga akhirnya menulis..
sebenarnya dah lama tak jenguk page ni...hoho..
sekarang diberi kesempatan untuk tinggal dengan mak dan ayah. walaupun dah kahwin, masih boleh manja-manja ngan mak dan ayah. kan BEST juta-jutaan tu..hehe..

Last week, ada beli satu buku pasal kehamilan. Indahnya Dunia Hamilku. ini cover depan buku.

Selenggaraan Ruzita Awaludin yang dikompilasikan daripada majalah Pa & Ma.
Sangat bagus dan menarik. Bahasa yang disampaikan juga mudah dan banyak gambar-gambar yang menerangkan apa yang ditulis. sangat membantu terutama ibu-ibu yang mengandung anak sulung dan saya rasa tak salah untuk bakal pengantin perempuan untuk baca. Sebab ada bab dalam buku ini menerangkan tentang merancang kehamilan, perubahan-perubahan tubuh ibu, dan perkembangan anak dalam rahim. Sangat mengujakan. ada juga doa-doa yang diselitkan. tapi setakat pembacaan saya, hanya terjemahan doa dalam bahasa melayu :) nanti kena cari sumber asal untuk dapatkan yang Bahasa Arab. Nak praktis Bahasa Arab supaya anak dapat faham Bahasa Arab nanti 

So, kalau nak beli boleh dapatkan secara online di http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=969 atau cari je kat kedai buku. hehe..

Mempunyai anak perlukan ilmu sebelum mereka lahir. Jom sama-sama mencari ilmu